Monday 25 January 2016

5 FAKTA TENTANG HIV ATAU AIDS

Penyebaran HIV atau AIDS sekarang semakin memimbangkan pada masa kini. Semakin hari pesakit yang menangung penyakit ini semakin bertambah hingga berlipat kali ganda.
Untuk mengelakan diri kita daripada terkena virus HIV atau AIDS ini anda perlu mengetahui berberapa fakta yang menarik tentang HIV dan AIDS ini antaranya:
1)   Penyakit HIV dan AIDS ini tidak memandang warna kulit, agama, bangsa dan sebagainya.
Sejak HIV dipertemuakan 20 tahun yang dahulu, steretipe yang beredar di masyarakat tentang penderita HIV iaitu para gay, pengguna dadah dan pelacur yang menjual tubuh badan mereka yang akan mendapat pesakit HIV.  Faktanya semua orang boleh terinjuksi dengan HIV, sama ada tua atau muda, kaya atau miskin, wanita atau lelaki mahupun anak-anak dan dari pelbagai professional

2)   Seks oral yang tidak selamat.
Seks oral sering kali dianggap sebagai satu cara yang selamat untuk melakukan hubungun seksual. Berdasarkan fakta dan penelitian, cairan tubuh yang terkesan seperti air mani sama ada dari lelaki atau wanita yang mengandung konsentrasi Virus HIV boleh memasuki aliran hubungan seks.

3)   Jangan hanya risau pada mengandung.
Kebanyakan remaja percaya, satu-satunya risiko berhubungan seks tanpa perlindungan akan mengundang kepada kehamilan. Oleh yang demikian mereka akan menggunakan protection seperti kondom, pil dan sebagainya untuk mencegah kehamilan. Padahal pada haikatnya banyak hal yang perlu dititikberatkan selain kehamilan iaitu akan adanya penyakit yang akan melular melalui seks sperti siflis, herpes termasuk juga HIV yang boleh mengancam kehidupan. Malah untuk seluruh kehidupan kita.

4)   Tidak mengetahui kenyataanya.
cuba anda fikir sejenak tentang apa yang diatas. Berapa ramai orang yang mengaku bahawa mereka menderita sakit HIV atau AIDS jika ditanya oleh pasangan barunya. Berapa banyak orang yang mengakui kehidupan seksual mereka ketika mereka baru mengenali seseorang? Berapa banyak orang-orang yang bersama mereka. sebelum ini. Sebuah pernyataan pasangan saya tidak menghidap HIV hanya boleh diterima jika disertakan bukti nyata tentang test HIV mereka adalah negative. Tanyalah dengan jelas status HIV mereka dan mintalah mereka melakukan test sebagai bukti kukuh.

5)   Masih belum ada ubat sebagai penawar HIV.
Meskipun orang dengan HIV atau AIDS (PLHIV) ini boleh hidup lebih lama dengan bergantung pada ubat HAART. Ubat ini tidak dapat menyembuhkan sama sekali. Kalau pun ubat-ubat ini mengandungidari infleksi opportunistic ini bukanlah jalan pintas “ shortcut” dari infleksi HIV. HAART ini bahkan akan menebabkan kesan sampingan seperiti lemah lesu, kemerahan, mual-mual dan muntah-muntah.


Fakta menyatakan bahawa penerita pesakit HIV atau AIDS in melonjak dari masa ke semasa. Dan oran yang menggunakan ubat ini meningkat dari 1.2 juta orang kepada 5.2 juta orang lebih 200% peninkatan.


Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 


Budakkampung6261@gmail.com

Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung







Monday 11 January 2016

PENYAKIT HIV DI DALAM MALAYSIA.

Assalamualaikum W.B..

sedikit lagi perkongsian tentang aids @ hiv di dalam malaysia. menurut sumber my metro 11.01.2016. semakin berkembang dan terus berkembang di dalam malaysia.. yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti bebas.. hindarilah AIDS..


Wabak jangkitan virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) adalah masalah kesihatan sosioekonomi yang melanda hampir semua negara di dunia.

Kes pertama dikesan pada 1981 di California, Amerika Syarikat. Pada akhir 2013, dianggarkan hampir 32 juta orang hidup dengan jangkitan HIV.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan, kadar HIV dalam kalangan populasi utama adalah 12 peratus manakala menurut agensi AIDS Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAIDS), kematian akibat AIDS menurun sebanyak hampir 40 peratus di rantau Asia Pasifik sejak 2005, namun ia meningkat kira-kira 20 peratus di Malaysia.

Menurut Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman, kesedaran mengenai jangkitan HIV/AIDS perlu disampaikan kepada orang awam agar mereka sentiasa bersedia dengan maklumat berguna.

"Berdasarkan pengalaman kami di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) menunjukkan sejumlah besar daripada mereka yang dijangkiti HIV tidak menyedari mengenai jangkitan sebelum mengalami gejala penyakit.

"Selain itu, penyelidikan kami di Jabatan Penyakit Berjangkit dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS juga memberi tumpuan kepada golongan terpinggir seperti penagih dadah, lelaki yang melakukan hubungan seks sama jantina (MSM) dan pekerja seks untuk melakukan ujian HIV secara berkala," katanya.

Di Malaysia, kes HIV yang pertama dilaporkan pada 1986. Pada Mei lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, situasi semakin membimbangkan apabila berlaku peningkatan jumlah mereka yang hidup dengan HIV (PLHIV) dalam kalangan belia berusia 20 dan 30 tahun.
Pada 2013, terdapat 3,393 kes HIV di Malaysia yang dilaporkan dengan purata sembilan kes sehari manakala terdapat kira-kira 86,324 kes PLHIV iaitu 0.44 peratus daripada jumlah populasi.

Sehingga akhir 2013, jumlah kes PLHIV sebanyak 85,332 kes dengan jumlah kes kumulatif HIV dikesan 101,672 dan jumlah kematian 16,340 kes. Jumlah PLHIV dijangka meningkat kepada 91,733 menjelang 2015. Lelaki sebahagian besar golongan berkenaan dengan kes kumulatif HIV di negara ini iaitu 78.5 peratus. Pada 2013, 21.5 peratus dalam kalangan lelaki mendapat jangkitan melalui penggunaan suntikan dadah dan 73.6 peratus menerusi hubungan seksual.

Kebanyakan jangkitan HIV dalam kalangan wanita berlaku melalui heteroseksual, berkaitan dengan tingkah laku yang mengarah kepada jantina berlainan iaitu dengan jumlah 51.4 peratus.
Usaha murni beri kesedaran Sempena pelancarannya di Malaysia, TemanTeman.org menganjurkan pameran fotografi untuk memberi kesedaran mengenai HIV/AIDS di pusat beli-belah.
Kemeriahan pameran berkenaan disertai selebriti terkenal seperti Diana Danielle dan Carmen Soo sekali gus menjadi duta untuk laman portal berkenaan.

Pengarah Projek TemanTeman.org, Tarandeep Anand berkata, sebelum ini pusat sumber berkenaan dilancarkan di Indonesia pada Januari 2013 yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai Jangkitan Menerusi Seks (STIs).

"Pusat sehenti ini menawarkan maklumat mengenai ujian pemeriksaan, HIV, STIs, rawatan dan senarai pusat jagaan di negara ini "Objektif kami ialah kepentingan untuk meningkatkan kesedaran awal mengenai jangkitan berkenaan di samping melakukan ujian pemeriksaan secara sukarela untuk mengekalkan kesihatan," katanya.

Sementara itu, Diana berkata, ketika menyambung pengajian dalam penulisan skrip di Australia, dia pernah membaca buku yang mengisahkan bagaimana seseorang itu boleh mendapat jangkitan HIV.
"Ia memberikan sedikit gambaran dan kesedaran mengenai kehidupan, kepayahan dan perasaan tidak selamat PLHIV. Justeru, saya berasa penting untuk menyedarkan orang ramai mengenai HIV dan penemuan saintifik secara meluas," katanya.

Carmen turut mengakui, matlamat pusat sehenti berkenaan untuk menyebarkan maklumat kepada orang awam penting kerana tiada siapa tahu bagaimana mereka boleh dijangkiti HIV positif.
"Ketika saya bertemu dengan NGO ini, saya agak terkejut hanya sedikit maklumat mengenai jangkitan HIV/AIDS yang diketahui. Justeru, saya mengambil keputusan untuk lebih aktif dan membantu menyebarkan kesedaran mengenai HIV," katanya.

Kedua-dua selebriti berkenaan mengambil bahagian untuk menyebarkan lebih banyak maklumat kepada rakan dan peminat termasuk orang awam bagi membantu mengurangkan kadar jangkitan HIV di negara ini. Diana dan Carmen turut menjalani ujian HIV/AIDS pada majlis pelancaraan berkenaan sebagai tanda menyokong usaha menyedarkan orang awam mengenai jumlah kes yang semakin meningkat di negara ini.

Pada pameran itu, pemeriksaan HIV turut diadakan untuk memudahkan orang awam mengambil langkah awal mengesan jangkitan daripada retrovirus berkenaan.

Tidak ketinggalan, pelancaran rasmi pusat sehenti TemanTeman.org untuk membantu memberikan lebih banyak maklumat berguna kepada orang ramai mengenai penyebaran HIV/AIDS di Malaysia.
Pusat sehenti berkenaan turut menggunakan kecanggihan sosial media untuk menjalankan kempen secara interaktif. Projek komuniti berkenaan dicipta Purple Haze Asia yang diasaskan Pusat Kajian Thai Red Cross AIDS Research Centre dan mendapat dana daripada ViiV Healthcare serta American Foundation for AIDS Research. Ia turut mendapat sokongan UMMC dan CERiA.

Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 


Budakkampung6261@gmail.com

Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung



FAKTA-FAKTA BERKAITAN DENGAN HIV

ASSALAMUALAIKUM W.B.
Disini saya ada menyelitkan perkongsiaan tentang penyakit HIV untuk penegetahuan umum..
even HIV nie sangat merbahaya.. tapi jangan terlalu diskriminasi kepada pesakit HIV

1. AIDS disebabkan oleh HIV. 

AIDS disebabkan oleh HIV, iaitu virus “human immunodeficiency”, yang merosakkan sistem pertahanan badan. Mereka yang mempunyai AIDS akan menjadi lemah disebabkan oleh badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit. Mereka akhirnya akan meninggal dunia. Tiada penawar bagi HIV.



2. Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun

Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun daripada jangkitan pertama virus HIV. Oleh itu seseorang yang telah dijangkiti HIV mungkin akan kelihatan dan rasa sihat untuk beberapa tahun, tetapi dia masih boleh menjangkiti orang lain dengan virus tersebut. Ubat-ubatan yang terbaru boleh membantu seseorang itu kekal hidup dengan sihat untuk jangkamasa yang lebih lama, tetapi dia masih mempunyai HIV dan masih boleh menjangkiti orang lain.


3.  HIV dipindahkan melalui cecair badan yang telah dijangkiti HIV. 



HIV dipindahkan melalui pertukaran mana-mana cecair badan yang telah dijangkiti oleh HIV. Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana peringkat jangkitan/penyakit. Virus HIV boleh didapati pada cecair-cecair berikut: darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi), cecair faraj, dan susu ibu.




4.  HIV selalunya dijangkiti melalui hubungan seks. 

HIV selalunya dijangkiti melalui seks dengan pasangan yang positif HIV. Ini disebabkan oleh cecair yang bercampur dan virus boleh bertukar, terutama sekali apabila terdapat luka pada tisu-tisu faraj, kecederaan atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI). Budak perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput membran faraj mereka lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa.


5.  Mereka yang mempunyai jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan HIV. 



Mereka yang mempunyai STI adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan menjangkiti orang lain. Mereka yang mempunyai STI patut mendapatkan rawatan secepat yang mungkin dan mengelakkan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (seks tanpa penembusan atau seks menggunakan kondom), dan memberitahu pasangan-pasangan mereka.


6.  Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan. 



Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan sekiranya mereka tidak melakukan seks, sekiranya pasangan mereka yang tidak dijangkiti hanya melakukan seks dengan satu sama lain sahaja dengan cara seks selamat – seks tanpa penembusan atau menggunakan kondom. Hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan pencegahan HIV melalui seks ialah dengan tidak melakukan seks langsung.




7.  Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti dengan penyakit HIV. 

HIV juga boleh dijangkiti apabila kulit tercedera atau dicucuk menggunakan jarum yang tidak steril picagari, pisau lipat, pisau atau lain-lain alat. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah atau melakukan seks dengan pengguna-pengguna dadah adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV. Lebih-lebih lagi, penggunaan dadah mengganggu pemikiran seseorang itu dan boleh membawa kepada kelakuan seksual yang berisiko, seperti tidak menggunakan kondom.




8.  Hubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian. 

Sesiapa yang mensyaki yang mereka mungkin telah dijangkiti HIV patut menghubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian secara sulit. Ia adalah hak anda. (Artikel 24 daripda Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak).




9.  HIV tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan. 

HIV tidak boleh dijangkiti melalui: pelukan, berjabat tangan; hubungan yang biasa setiap hari; menggunakan kolam renang, tempat duduk tandas; berkongsi kain alas katil, peralatan makanan, makanan; nyamuk dan lain-lain gigitan serangga; batuk, bersin.




10.  Semua orang berhak untuk mendapatkan belas kasihan dan sokongan. 

Mendiskriminasi terhadap mereka yang telah dijangkiti HIV atau sesiapa sahaja yang difikirkan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan telah melanggar hak-hak kemanusiaan dan juga membahayakan kesihatan umum. Semua orang yang dijangkiti dengan atau menghadapi kesan HIV dan AIDS berhak mendapatkan belas kasihan dan sokongan (Artikel 2 daripada Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak).



Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 


Budakkampung6261@gmail.com

Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung






Sunday 10 January 2016

KISAH SEORANG PLHIV

Assalamualaikum W.B


Apa khabar kepada semua view blog saya nie.. harap-harap korang semua sehat selalu dan dilindungi Allah.. rasanya dah lama saya bukak account nie.. tapi tak pernah pulak saya ceritakan serba sedikit tentang kehidupan saya kenapa saya boleh terkena detection HIV positive ni kan,, pada permulaan nya.. saya adalah seorang yang sangat sosial.. bermula pada umur saya dalam lingkungan 15 tahun.. saya banyak menceburi dalam dunia kegelapan ini,, okey  rasaya saya tek perlu untuk terus bercerita tentang kehidupan saya pada masa lampau.. tapi main point saya adalah untuk menceritakan bagai mana saya terkena HIV positive nie.. hari ni sudah masuk 10.1.2015 sudah hampir 1 tahun 5 bulan saya hidup dengan HIV nie..



Kalau saya nyatakan umur saya mesti ada yang tak menduga.. saya baru berumur 22 tahun. Tapi sudah menaggung hidup dengan seorang PLHIV.. huhhh,,, kehidupan yang amat berat untuk saya tempuhi.. dengan dorongan tunang saya dan kakak saya. Saya teruskan kehidupan dengan tenang.. satu nasihat saya,, kalau anda sudah tahu anda seorang HIV.. teruskan kehidupan anda.. cari orang yang anda boleh percaya dan cerita kepada mereka,,, jangan terlalu ramai untuk menceritkn tentang ini.. tapi ambil dalam 1 atau 2 orang sahaja..



Okey kita berbalik pada cerita.. pada saya awal saya active HIV nie,.. pada 20.08.2014.. huh tarikh keramat bagi aku, tiga benda yang terjadi dalam satu hari je tau,, okey pada masa tu saya punya bacaan CD4 700 something la.. x berapa nak ingat.. huuhhh nasib baik lah tak sampai ke tahap AIDS.. okey pada mulanya macam mana hati saya tergerak nak test HIV.. saya pergi buat blood donation… memang apa bila kita ikut law and regulation..dekat Malaysia nie tak boleh donate blood.. apabila seseorang tu telah buat aktiviti bebas seperti.. dadah.. melangan pelacur.. homosex dan banyak lagi kan.. tapi dengan cara ini je yang dapat detect kita punya hiv kan,., so saya pon donate la,. Selalang semnggu je.. dokter daripada salah satu hospital kerajaan call saya,, untuk buat repeat test,, berharap sangat la kan,, x de apa2.. tapi…. AKU HIV POSITIVE… terkejut jugak aku dibuatnnya.. tapi aku tak rasa apa2 sangat pada tu.. sebab aku rasa mmg layak kowt kene dekat aku.. sebab aku nie terlalu aktif dengan dunia2 nie.. selang sebulan aku kene… barulah terasa sedih sikit… pasal apa aku boleh kene sakit nie,

Bagi aku,, kalau dah sakit HIV banyak benda x boleh involve. Such as nak kerja dengan government susah.. nak buat apa2 pon susah.. entahlah kan. Macm diskriminasi pulak kan.bayangkan nak masuk universiti pon kene test hiv.. but only the certain universiti. kalau pesakit HIV nie tak boleh kerja kerajaan.. okey la..rasanya cukup sampai sini aku nak cerita,,, nanti kita sambung lagi… sekarang dah jam 1.53am dah… boleh buat karangan kalau romate aku dah tidur semua.. hahah.. biasa la student kan,, duduk ramai2..




Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya..







Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung


AKU TERKENA HIV POSITIVE: Assalamuaalikum semua.. rasanya sudah lama tak pos...

AKU TERKENA HIV POSITIVE: Assalamuaalikum semua.. rasanya sudah lama tak pos...: Assalamuaalikum semua.. rasanya sudah lama tak post dalam blog ni..semakin hari semakin ramai yang mencari maklumat pasal hiv nie... maaf su...
Assalamuaalikum semua.. rasanya sudah lama tak post dalam blog ni..semakin hari semakin ramai yang mencari maklumat pasal hiv nie... maaf sudah lama tak update tentang blog ni. kehidpuan student.. hari-hari belajar dan belajar.. tak pulak melihat blog nie.. BTW kepada sesiapa2 yang inbox saya bertanya kan masaalah.. saya akan cuba untuk menjawapanya... kalau ada apa2 masalah dan ingin bertanya kan pendapat,,, jangan malu untuk terus email kepada saya budakkampung6261@gmail.com