Sunday 28 February 2016

DISKRIMINASI

ASSALAMUALAIKUM W.B

Berkenaan dengan previous post dalam blog saya.. berkenaan dengan sambung master di universiti.. pelajar yang ada hiv tidak dibenarkan mendaftar untuk sambung pelajaran ke peringkat master... what...


ni saya bagi gambar sebagi bukti..







selepas baca statement universiti nie.. terus tak mahu sambung belajar dekat sini... kami pon nak berjaya...






Thursday 18 February 2016

DISKRIMINASI HIV

Assalamualaikum w.b..
hari nie 18/02/2016
4.14am....

bersyukur kehadrat illahi dapat mengizinkan saya untuk berkongsi sedikit tentang sedikit perkara... hari nie saya nak berkongsi sedikit tentang sambung pelajaran di salah sebuah universiti di malaysia.. okey.. saya merupakan salah seorang yang sudah hampir graduate daripada salah satu universiti di malaysia nie.. bulan 12 nie saya akan bergraduasi.. dipendekan cerita... saya dapat keputusan yang agak cemerlang pada akhir sem dan cgpa ada masa tu melayakan saya untuk sambung pelajaran yang lebih tinggi.... iaitu pelejaran ke peringkat sarjana (master)... 

saya dengan gembiranya melayari laman sesawang setiap universiti di malaysia nie,,, tengok pada cost sambung belajar and also the rules and regulation sebelum sambung belajar... ada saya masuk dalam satu laman sesawang satu univiersti di johor... universiti awam.. x perlu mention nama universiti... isi-isi form nak sambung.. ada kene stated kan sakit.. HIV HEPETATIS B,C.. does not allowed to register... whatttttt

diskriminasi sangat kan,,,, apa masaalahnya kalau nak sambung belajar kalau ada hiv hepetatis b and c,,, ada masalah ke... bukannye kalau ambil pelajar yang ada sakit nie mereka akan menyebarkan sakit dengan mudah... sangat cetek pemikiran mereka.. apa salah orang2 yang sakit mcm nie.. setiap orang boleh berubah ke arah yang lebih baik kan.. pelacur pon boleh masuk syurga kan.. ada kisah di zaman rasullah kan... saya sangat2 tidak berpuas hati dengan pemikiran di univeriti di situ.. harap sangat2 JANGAN TERLALU DISKRIMINASI SANGAT DENGAN PESAKIT HIV.......meraka pon mahu hidup dengan lebih selesa... mereka ada hak.....

okey sampai di sini sahaja penceritaan saya


maaf terlalu emotional sangat pagi2 nie...



Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya..







Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung

Friday 12 February 2016

UBAT-UBATAN MENINGKATKAN CD4 UNTUK HIV

2.16 am. 12.2.2016
new updated hiv positive
Assalamualaikum w.b
pada 1/2/2016 itu hari saya ada pergi berjumpa dengan dr di salah satu hospital kerajaan di semenanjung.. Alhamdulillah.. pada masa ini untuk buat pertama kalinya CD4 saya meningkat kepada 457.. Alhamdulillah.. bersyukur sangat-sangat.. dan dr banyak sarankan saya untuk mengambil ubat-ubatan atau makanan yang mensihatkan badan.

pada mulanya saya sudah bersedia untuk menggunakan ubat HAART.. but Alhamdulillah Allah masih belum mengizinkan saya menggnakan ubat HAART.. sebab apa.. dalam masa yang terdekat ni saya akan menghabiskan sisa-sisa saya belajar degree dengan latihan industri (praktikal). di salah sebuah big company di malaysia nie...

okey kita berbalik pada ubat yang dr sarankan saya untuk menggunakan.. atau lebih mudah disebut dengan makanan tradisional...

1) pengambilan madu lebah NOTE:::: yang ASLI (sekadar gambar hiasan)

















2) vitamin B dan C (sekadar gambar hiasan)














3) buah tunjuk langit















4) kurma




















okey ni sahaja untuk perkongsian kali ini... Asslamualaikum W.B

Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 


Budakkampung6261@gmail.com

Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung

Monday 1 February 2016

UBAT HAART PLHIV

Pekara yang anda perlu tahu mengenai ubat antiretroviral

HAART - adalah singkatan untuk "Highly Actice Antiretroviral Therapy" atau pun dikenali sebagai "Cocktail regime". Hanya kombinasi 3 jenis ubat antiretroviral (daripada >2 jenis ubat).
Kombinasi 3 jenis ubat antiretroviral di perlukan untuk keberkesanan yang optimal.


Kelas ubat antiretroviral



A) Nucleoside reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) / Nucleotide Reverse Transcriptase Inhibitors (ntRTI) - NUKES

B) Non - Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NNRTI) - NON - NUKES

C) Protease Inhibitors (PI)

D) Lain-lain, cth: Integrase Inhibitors



Ubat antiretroviral yang terdapat di Malaysia 
A) NRTI : Didanosine , Lamivudine, Zodovudine, Stavudine, Emtricitabine
B) ntRTI : Tenofovir
C) NNRTI : Efavirenz, Nevirapine
D) PI : Indivadir, Ritonavir, Lopinavir, Saquinavir, Atazanavir
E) Integrase Inhibitor : Rategravir


Ubat kombinasi yang terdapat di Malaysia
  1. SLN - Stavudine + Lamivudine + Nevirapine
  2. Combivir - Zidovudine+Lamivudine
  3. Kaletra - Lopinavir+ Ritonavir
  4. Tenvir EM - Tenofovir + Emtricitabine


HAART akan dimulakan apabila
  • Pesakit telah bersedia untuk memulakan HAART (HAART perlu di ambil sepanjang hayat- Berkahwin dengan ubat)
  • Bila CD4 kurang daripada 350sel
  • pesakit mempunyai genjala penyakit AIDS walaupun bilangan CD4 tinggi.
  • Semasa mengandung.

Apakah CD4?
CD4 atau sel darah putih merupakan askar di dalam badan yang bertindak melawan jangkitan yang memasuki tubuh seseorang. Dalam pesakit HIV, Virus menyerang sel CD4 dan memusnahkanya. Dengan ketiadaan jumlah askar yang mencukupi badan terdedah kepada jangkitan lain.

Bagaimana HAART bertindak
Setiap kelas ubat antiretroviral bertindak untuk menghalang pembiakan atau pembentukkan virus baru. Apabila ini berlaku, bilangan virus HIV dalam darah akan berkurangan dan penyakit dapat dikawal.


kebaikan memulakan HAART
  • Akan meningkatkan sistem daya pertahanan badan dengan meningkatkan bilangan CD4.
  • Memastikan bilangan virus HIV dalam darah dalam paras paling rendah.
  • Mengurangkan risiko jangkitan opportunistik.
  • Meningkatkan kualiti hidup.
  • Memanjangkan jangka hidup.


Kesan sampingan yang mungkin berlaku
  • NRTI - muntah , loya, rasa kebas di jari tanga dan kaki.
  • ntRTI - cirit-berit, kegagalan buah pinggang.
  • NNRTI - ruam, pening, masalah hati.
  • PI - muntah, loya, masalah hati, kekuningan kulit, menyebabkan tau menerukkan penyakit kencing manis atau paras kolesterol.

HAART akan GAGAL bila

  • Ubat tidak dimakan dengan betul (lupa atau lewat makan ubat).
  • Menganbil ubat HAART bersama ubat tradisional / herba.
  • Mengambil ubat HAART bersama dengan arak atau ubat hipnotik(ubat tidur).
Virus HIV akan menjadi kebal kepada ubat antiretroviral berikutan cara pengambilan ubat yang salah.

Tips pengambilan ubat- ubatan...

  • Makanlah HAART tepat pada masa yang ditetapkan bagi menjamin keberkesanan yang optimal.
  • Gunakan 'alarm' telefon atau jam loceng sebagai peringatan untuk mengambil ubat.
  • Bawalah ubat-ubatan bersama sekiranya pergi melancong atau ke tempat kerja.
  • Selalu pastikan bekalan ubat adalah mencukupi sekurang-kurangnya untuk 1 minggu sebelum bekalan seterusnya.sekiranya stok ubat tidak mencukupi, hubungilah klinik dengan segera.
  • Jangan ambil ubat tradisional atau herba dengan HAART kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan HAART.
  • Bertanyalah denga doktor/ pegawai farmasi sebelum mengambil sebarang vitamin atau ubat -ubatan lain.
  • Sekiranya demam atau mengalami kesan sampingan ubat segeralah berjumpa doktor.
  • Jangan berhenti makan ubat HAART sekiranya anda berasa tidak sihat meskipun setelah kembali sihat.
  • Hanya makan makanan dan air yang masak sepenuhnya.jangan makan makanan separuh masak (cth:telur separuh masak,kerang) dan ais batu.
  • Patuhi rutin ujian darah serta temujanji berjumpa denga doktor/pegawai farmasi sebagaimana yan telah ditetapkan.

Fakta penting mengenai HAART

  • Ubat HAART mesti diambil sepanjang hayat dan tidak boleh diberhentikan.
  • Rejim pertama HAART adalah yang terbaik untuk mengurangkan bilangan virus HIV dalam darah.
  • Pengambilan ubat HAART amat penting pada masa yang tepat untuk keberkesanan HAART.
  • Bilangna sel CD4 hanya boleh diperiksa peningkatanya 3-4 bulan selepas memulakan HAART.
  • Sekiranya HAART dimulakna untuk pesakit dengan CD4<200sel, sesetengah sesakit akan bertambah teruk sebelum bertambah baik.Tetapi ini tidak bermakna HAART tidak berkesan.ini berlaku kerana sistem daya pertahanan pesakit sedang bertambah baik.
  • Semasa bulan ramadhan pesakit beragama islam tidak dibenarkan berpuasa dan perlu membayar fidyah.

Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 


Budakkampung6261@gmail.com

Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung


PERTANYAAN PLHIV

Assalamualaikum W.B


Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung blog saya budakkampung yang menceritakan serba sedikit perkongsian tentang masalah yang akan dihadapi oleh seseorang PLHIV...

bagi sesiapa yang singgah untuk membaca blog saya dan ingin menanyakan sesuatu berkenaan dengan HIV boleh la terus email kepada saya.. tapi perlu diingatkan bahawa saya nie bukan lah seorang doktor atau pakar motivasi dan sebagainya.. saya hanyalah seorang manusia biasa dan merupakan pesait PLHIV juga.. hari nie tepat 1.2.2016.. besok pagi saya akan berjumpa dengan doktor di salah satu hospital di semenajung.. dan akan mengutarakan beberapa soalan yang berkaitan dengan HIV.. kepada sesiapa yang mempunyai soalan.. boleh la terus email kepada saya.. dan saya akan menyampaikan soalan kepada doktor..

pada waktu dan saat  nie..saya masih belum menggunakan ubat HAART lagi.. tapi berkemungkinan besar saya akan memulakan ubat HAART dalam masa yang terdekat ini... sebab CD4 saya pada masa ini sudah mencapai 310..

okey sampai sini sahaja perkongsian saya pada malam ini.. jam tepat 2.30am...
assalamualaikum dan selamat sejahtera sampai jumpa lagi.


Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 


Budakkampung6261@gmail.com

Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL TAHU SEBELUM MENDERMA DARAH

SUMBER ARTICLE DARIPADA PUSAT DARAH NEGARA

Kriteria Penderma Darah


    ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :
1. Sihat tubuh badan.
2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
    ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
   iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
3. Berat badan 45kg ke atas.
4. Tidur minimum 5 jam.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
  • Bertukar-tukar pasangan seks.
  • Mengambil dadah secara suntikan.
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
10. Jangan menderma jika anda :
  • Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
  • Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.
11. Membawa salah satu dokumen ASAL berikut :
      WARGANEGARA MALAYSIA                                         BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Kad Pengenalan Awam/ Tentera/ Polis.
Tinggal Di Malaysia melebihi 1 tahun.
Lesen Memandu
Passport
Kad Pekerja dengan No Kad Pengenalan dan gambar.
Permit Kerja dengan nombor passport dan gambar
Kad Pelajar dengan No Kad Pengenalan dan gambar.
Kad Pelajar dengan nombor passport dan gambar
Buku Penderma darah (PDN 2) untuk penderma ulangan.
-

12. Dokumen berikut TIDAK DITERIMA bagi pendaftaran sebagai penderma darah :
      WARGANEGARA MALAYSIA                                         BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Passport
-
PATI
-
UNHCR
-
Boleh membaca dan memahami borang pendaftaran
 penderma samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa 
Inggeris. (penterjemah tidak boleh)



Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 


Budakkampung6261@gmail.com

Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung