Assalamualaikum W.B
Apa khabar kepada semua view blog saya nie.. harap-harap
korang semua sehat selalu dan dilindungi Allah.. rasanya dah lama saya bukak
account nie.. tapi tak pernah pulak saya ceritakan serba sedikit tentang
kehidupan saya kenapa saya boleh terkena detection HIV positive ni kan,, pada
permulaan nya.. saya adalah seorang yang sangat sosial.. bermula pada umur saya
dalam lingkungan 15 tahun.. saya banyak menceburi dalam dunia kegelapan ini,,
okey rasaya saya tek perlu untuk terus
bercerita tentang kehidupan saya pada masa lampau.. tapi main point saya adalah
untuk menceritakan bagai mana saya terkena HIV positive nie.. hari ni sudah
masuk 10.1.2015 sudah hampir 1 tahun 5 bulan saya hidup dengan HIV nie..
Kalau saya nyatakan umur saya mesti ada yang tak menduga..
saya baru berumur 22 tahun. Tapi sudah menaggung hidup dengan seorang PLHIV..
huhhh,,, kehidupan yang amat berat untuk saya tempuhi.. dengan dorongan tunang
saya dan kakak saya. Saya teruskan kehidupan dengan tenang.. satu nasihat
saya,, kalau anda sudah tahu anda seorang HIV.. teruskan kehidupan anda.. cari
orang yang anda boleh percaya dan cerita kepada mereka,,, jangan terlalu ramai
untuk menceritkn tentang ini.. tapi ambil dalam 1 atau 2 orang sahaja..
Okey kita berbalik pada cerita.. pada saya awal saya active
HIV nie,.. pada 20.08.2014.. huh tarikh keramat bagi aku, tiga benda yang
terjadi dalam satu hari je tau,, okey pada masa tu saya punya bacaan CD4 700 something
la.. x berapa nak ingat.. huuhhh nasib baik lah tak sampai ke tahap AIDS.. okey
pada mulanya macam mana hati saya tergerak nak test HIV.. saya pergi buat
blood donation… memang apa bila kita ikut law and regulation..dekat Malaysia nie
tak boleh donate blood.. apabila seseorang tu telah buat aktiviti bebas
seperti.. dadah.. melangan pelacur.. homosex dan banyak lagi kan.. tapi dengan
cara ini je yang dapat detect kita punya hiv kan,., so saya pon donate la,. Selalang
semnggu je.. dokter daripada salah satu hospital kerajaan call saya,, untuk buat
repeat test,, berharap sangat la kan,, x de apa2.. tapi…. AKU HIV POSITIVE…
terkejut jugak aku dibuatnnya.. tapi aku tak rasa apa2 sangat pada tu.. sebab
aku rasa mmg layak kowt kene dekat aku.. sebab aku nie terlalu aktif dengan
dunia2 nie.. selang sebulan aku kene… barulah terasa sedih sikit… pasal apa aku
boleh kene sakit nie,
Bagi aku,, kalau dah sakit HIV banyak benda x boleh involve.
Such as nak kerja dengan government susah.. nak buat apa2 pon susah.. entahlah
kan. Macm diskriminasi pulak kan.bayangkan nak masuk universiti pon kene test hiv.. but only the certain universiti. kalau pesakit HIV nie tak boleh kerja
kerajaan.. okey la..rasanya cukup sampai sini aku nak cerita,,, nanti kita
sambung lagi… sekarang dah jam 1.53am dah… boleh buat karangan kalau romate aku
dah tidur semua.. hahah.. biasa la student kan,, duduk ramai2..
Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye…
kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya..
Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung
No comments:
Post a Comment