Friday 30 September 2016

PLHIV REZEKI MILIK ALLAH

UPDATE 30.09.2016
2.05 AM
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog budakkampung.. harap2 semua sehat selalu… harap semua berada di bawah rahmat Allah… so hari nie saya budakkampung nak berkongsi sedikit cebisan nota kecil yang bertajuk “REZEKI MILIK ALLAH”

Okey refer pada tajuk besar rezeki milik Allah.. ya benar.. rezeki kita semua nie milik Allah.. Allah yang bagi dekat kita semua… semua adalah salah satu sifat Allah.. yang maha penyanyang… Allah aku bagi semua rezeki dekat hambanya.. sama ada kita islam atau pun bukan islam.. semua Allah bagi sama rata…dan akan mengikut kemampuan sesorang…

Okey kita balik pada tajuk kita,,, kenapa tajuk aku hari nie rezeki milik Allah…. Ramai yang email dekat aku.. bertanyakan .. mcm mana.. mcm mana..macam mana…. Macam mana apa kan… macam mana dengan pekerjaan saya… mcm mana carrier saya.. kalau saya sekarang ada penyakit rvd nie.. awak-awak semua jangan risau pada rezeki.. jangan risau dengan pekerjaan dan carrier awak semua tu… semua tu sudah tertulis di atas.. kalau Allah mengkehendaki semua tu berlaku..semua akan belaku.. jangan fikir telalu negative.. open mind sikit…

Ada satu email yang saya dapat berkenaan tentang satu carrier seseorang,,, yang baru mahu menghabiskan pengjian medic dia… woooooo… carrier dia mmg la berat sikit kan.. pelajar medic tu.. okey kalau medic selalunya akan menjadi docter kan.. so agak susah la kalau awak nak terukan cita-cita awak nak jadi docter.. sebab docter ni sangat-sangat dekat dengan pesakit.. sangat dekat dengan medical treatment. Pada pendapat saya awak kene tukar carrier untuk menjadi seorang dokter kepada carrier lain.. banyak lagi yang boleh dipilih.. mmg berat ujian yang awak kene lalui.. berat.. saya tak nafikan.. untuk awak memilih menjadi dokter sangat tipis.. awak kene pilih carrier lain… kepada yang email saya tu.. jangan lupa pada tajuk saya nie rezeki tu milik Allah.. kalau Allah nak awak jadi dokter.. awak akan jadi jugak.. kalau Judah tertulis yang awak bukan menjadi dokter.. so awak kene redha dengan apa yang awak kene terima.. terima seadanya ye saudara..

Itu baru cerita pasal seorang yang memilih carrier dia sebagai dokter.. sekarang cerita pasal aku sikit… heheh.. tak banyak pon.. kenapa aku cakap bahawasanya rezeki itu semua milik Allah… even aku nie ada rvd rezeki Allah tu sentiasa mencukupi bagi aku… Alhamdulillah bersukur sangat-sangat… sebab apa..
1)      Aku ada pendidikan walaupun tak setinggi mana pon.. Alhamdulillah carrier utama aku adalah sebagai accountant and auditor dekat salah seuah syarikat yang nak kata besar tak la besar sangat… sedang2 gitu la.. Alhamdullilah walaupun aku ada RVD aku ada sumber rezeki..
2)      Second carrier aku adalah sebagai seorang guru.. heheheh.. tak lah mengajar dekat sekolah.. tapi mengajar di pusat tusien.. Alhamdulillah la.. dapat menambah aku punya pendapatan.. rezeki semua dimana-mana kawan…
3)      Okey yang last sekali carrier aku adalah sebagai private badan uniform… tak perlu la mention badan uniform apa kan.. kerja nie just sambilan je… kalau ada job aku turun la… badan uniform aku nie best jugak la… lebih kurang mcm rela la.. tapi dia lain daripada yang lain…

Okey semua aku dah cerita pasal carrier aku… so kepada semua yang ada di luar sana.. jangan risau jangan takut sebab rezeki Allah tu berada di mana-mana. Kita just kene cari cara mcm mana nak sampai ke tahap tu… walaupun kita ada RVD kita still lagi manusia.. yang ada perasaan.. persaaan apa..
1)      Nak kahwin
2)      Nak ada anak
3)      Nak ada harta
4)      Nak berjaya
5)      Nak itu nak ini

So semua orang di muka bumi nie nak bejaya.. tak terkecuali orang-orang mcm kita nie kan.. semua nak Berjaya.. so aku pernah dengar satu kata-kata yang aku ingat  sampai sekrang… “sebelum langkah ke 1000 smapai kita kene mulakan dari langkah pertama”.. so kawan-kawan dan saudaraku kat luar sana jangan risau dengan sakit yang kita ada.. bukan ianya penyebab kita untuk Berjaya.. semoga kawan-kawan yang kat luar sana dapat mengejar cita-cita korang.. semoga dipermudahkan segala urusan korang semua… AAMIIN.. in Shaa Allah…

Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 



Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung



Tuesday 27 September 2016

SYMPTOM PLHIV "DEMAM BERLARUTAN"

Assalamualaikum W.B

update on 27.09.2016 01.10 am

apa khabar semua pembaca blog saya.. harap-harap semua berada di dalam lindungan Allah dan sentiasa diberikan kesehatan yang baik untuk terus meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini..

so hari nie saya nak update pasal symptom yang saya dapat selepas saya dapat tahu yang saya nie PLHIV... huhhhh... so hari nie kira-kira genap 2 tahun 1 bulan 7 hari saya berkahwin dengan sakit HIV nie.. 

sepanjang 2 tahun lebih nie Alhamdulillah saya tak kene apa-apa sait pun.. tapi Allah telah menguji saya dalam bulan nie. pada 17.09.2016 saya ditimpa demam panas yang mengambil masa 2 minggu untuk saya sembuh sepenuhnya.. Ya Allah.. masa saya demam macam-macam yang saya dapat rasakan tindak balas penyakit HIV dalam diri  saya.. antara simtom2nya 

1) demam pada bacaan suhu 40 darjah
2) selera makan hilang semalam 2 minggu
3) berat badan berkurangan 7kgs
4) berpeluh pada malam hari
5) fikiran melayang
6) kepala pening teramat

simtom pertama saya mendapat demam yang mencecah sehingga 40 darjah.. memang badan rasa sejuk, panas dan berpeluh.. ubat jangan cakap, panadol apa semua makan.. one day tak tahan sangat pergi dekat salah satu klinik kerajaan.. tapi menghampakan jawapan daripada dokter. "awak just demam disebabkan virus" tu je yang di bagi jawapan.. dalam hati mentang-mentang aku hiv. just pandang sebelah mata je.... aku nie bukan penagih dadah ke apa ke.. tak tahu punca aku dapat HIV dari mana jangan la nak judge aku,,, malas nak cerita pasal dokter tu,, buat dosa je... then just dapat paracetamol je dia bagi..

then next 2 days.. dah tak tahan sangat.. pergi ke hospital yang selalu saya dapatkan rawatan HIV,, masa dekat hospital terus kene admit.. ambil masa 5 hari jugak bercuti dekat hospital... Alhamdulillah keadaan makin sehat.. dapat ubat yang sesuai.. dokter ramai yang datang untuk bagi services. sebab case untuk pesakit HIV nie perlukan rawatan yang betul-betul.. Alhamdulillah dokter yang selalu jumpa untuk rawatan HIV pon datang untuk bagi services...Alhamdulillah... 5 hari dekat hospital semua dah selamat.. sekarang dah makin pulih... cuma darah kurang sikit.. sometime kepala peninng-pening macam nak muntah still ada lagi...

lari jauh pulak.. nak cerita padal simtom sebenarnya... second simptom yang saya dapat selara  makan hilang serta merta.. bayangkan makan sedikit je dah tak boleh telan... tekak rasa payau je... tawar.. everting yang saya makan semua rasa tawar... nak makan pon x selera langsung.... tapi sekarang selera dah naik balik.. semua nak makan..

next berat badan hilang 7KGS... huh... nasib la berat badan nie berat lah jugak.. hilang 7kgs x ada la nampak ketara sangat... still lagi berisi badan nie.. ye lah kan.. kalau selera makan kurang of cos la kan berat badan akan berkurangan... so sekrang dah naik 1 kgs balik.. Alhamdlillah.

next berpeluh badan setiap malam... memang normal bagi salam perkenalan bagi pesakit HIV akan berpeluh setiap malam.. i dont know why... mungkin memang tindak balas virus dalam badan yang menyebabkan ini berlaku..

okey yang nie.. fikiran melayang... huhhh.. masa demam tu,,, mcm-macam dalam otak nie... pikir mati... sampai satu tahap boleh nampak kematian diri sendiri... panjang ceritanya... semua boleh nampak... masa nie menagis sebab nampak sendiri kematian diri sendiri... semua sekali... tapi Alhamdullialh... memberi kesan pada diri jugak..

last sekali.. kepada pening.. salah satu sebab kepala pening disebakan oleh darah dalam badan kurang dari 11 ke 7 dokter cakap... hilang mana darah kene sedut pon tak tahu lah... hahaha... tapi Alhamdulillah.... makan kerang,, makan bayam mungkin darah dah bertambah balik...


okey sebagai penutup... Alhamdulillah CD4 yang terbaru masa bulan 8 tu hari naik lah jugak... tak banyak la sangat.. tapi Alhamdulillah la jugak... before 411 then yang terbaru 417 naik 6 je... hehehehe.. Alhamdulillah tak perlu guna ubat HAART lagi... belum sedia lagi nak kahwin dengan ubat HAART,, bukan takut apa nak guna Ubat HAART nie..ubat cegah TB pon tak punctual lagi.. lagi kalau dah guna ubat HAART. takut x boleh punctual la 
\


so sampai sini je perkongsian saya buat masa nie... so secara kesimpulan...kepaada semua pesakit-pesakit RVD or HIV nie.. kalau dah ada simtom-simtom yang saya sebut dekat atas tu.. pergi dapatkan rawatan dengan segera... cegah sebelum terlambat.... sekian Assalamualaikum...


Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 



Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung


Saturday 10 September 2016

PLHIV GAY NAFSU APA????

Assalamualaikum w.b
Update on 9.9.2016
So first greeting harap2 semua pembaca blog saya nie sehat dan sentiasa di bawah lindungan Allah. So mcm mana keadaan semua sehat2 belaka kan. Hari nie hari jumaat kan.. heheh. Saya nak berkongsi beberapa maklumat dengan semua pembaca blog saya nie.. entah la.. secara tiba-tiba pulak  nak update pasal kisah nie.. tajuk dia PLHIV GAY BERNAFSU APA.

So sebelum saya nak cerita nie mungkin nie ada mengisahkan seseorang dan saya sudah meminta izin kepada yang ampunya badan supaya dapat berkongsi didalam blog saya nie. Mungkin ini sebagai pengajaran kepada kita semua atau juga sebagai penambah kepada pengetahuan kita semua.. harap-harap pembaca dapat baca dengan hati yang terbuka dan minda yang terbuka..

So kita masuk ke cerita nya la kan… GAY BERNAFSU APA..

Kisah seorang yang senang dipanggil dengan nama samara man. Aku adalah seorang gay. Dan aku baru dapat tahu yang aku nie baru sahaja menghidap penyakit yang bernama HIV.. sangat seram kalau dengar nama yang agak keramat dimana-mana sahaja.. bagi pandangan orang penyakit hiv nie akan dapat menyebarkan kepada orang lain dengan mudah. Orang akan berpendapat bahawa masa lalu seseorang yang ada HIV nie sangat gelap. Dan akan mati bila-bila masa je.

So memang sangat tidak dinafikan bahawa kehidupan aku yang dulu memang sangat gelap.. boleh dikatakan tidak terkira lelaki yang peranah meniduri aku.. sangat banyak.. sama ada tua.muda.melayu.cina.india mahupun warga asing.. aku pernah merasakan semuanya sekali.. tapi itu adalah kenikmatan yang sangat sementara..

Okey sebenarnya itu bukan main point aku nak cerita dekat sini.. walaupun aku bernafsu gay. Dalam masa yang sama aku jugak ada teman wanita.. boleh tahan jugak la ramainya.. tapi tak seramai lelaki yang pernah aku rasa.. tapi yang peliknya.. semua wanita yang aku kawan tak ada seorangpon yang aku pernah rosakan.. seorang pon. Melainkan, pegang tangan cium dahi itu bagi aku normal la…

Walaupun dalam jiwa aku adalah jiwa seorang gay.. but aku nie still lagi bernafsu dengan perempuan..aku nak kahwin.. aku nak ada anak.. semua aku nak.. sama macam kau jugak budak kampong aku pernah baca dalam blog kau yang kau nie dah bertunang but putus dah kan.. sama jugak macam aku bro.. aku jugak dah bertunang.. tapi tunang aku belum tahu lagi.. yang aku nie sudah dijangkiti HIV positive.. aku pon tak tahu nak bagi tahu mcm mana dekat tunang aku nie..

Kita balik pada tajuk kita,, kepada yang luar sana aku yang betulkan pandagan korang bagi seorang gay nie.. tak semestinya seorang gay tak ada nafsu langsung dekat perempuan.. look at me.. aku ada juga nafsu dekat perempuan.. dan ada jugak keinginan nak berkahwin.. sama je.. aku nie lelaki still lagi lelaki… masih bernafsu dekat perempuan Allah nie tak pernah salah mencipta mahluknya berpasangan.. Cuma aku tidak dapat mengawal nafsu aku.. harap-harap satu hari nanti aku dapat membuang jauh nafsu aku nie terus dalam diri aku.. mudah-mudahan.. AAMIIN.

Mungkin sudah ditakdirkan yang aku nie tidak akan berkahwin dengan sesiapa pon.. sebab aku tahu dalam diri aku nie ada darah HIV yang mengalir.. bagi aku sesiapa yang aku Nampak kat luar sana adalah orang yang lebih suci daripada aku walaupun seorang pengemis sekalipon.. sebab aku nie adalah HIV positive.


So bro aku harap sangat-sangat yang kau akan publish kan aku punya cerita nie.. sebagai pengajar dan sebagai pengetahuan bagi orang diluar sana




Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 


Budakkampung6261@gmail.com

Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung

Sunday 4 September 2016

PLHIV PUTUS TUNANG

Update on 2.09.2016. 11.07 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog budkkampung. Rasa nya sudah lama tak update dalam group nie.. so banyak la kisah-kisah yang boleh diceraitakan.. huhhhh.. sangat banyak nak cerita dekat semua pembaca blog saya nie… rindu rasanya nak menulis… hahhaha.. okey sekadar intro sikit je tak banyak pon..

Okey kita masuk pendahuluan dulu… tadi baru mukadimmah je..so hari nie saya nak cerita pasal perkahwinan dengan rvd nie… huhhh… topic yang sangat hangat dibualkan diantara kawan2 dengan orang yang email saya nie… sebelum saya teruskan cerita orang yang email dekat saya.. moh saya nak cerita pasal diri saya dulu..

Okey pada 20.08.2016 yang lepas genap usia penyakit rvd ku yang ke 2 tahun.. selain menyambut birthday aku yang ke 20 something huhh… birthday rvd aku yang ke 2 tahun jugak aku sambut.. hahahha.. so hari tu memang la tak buat sambutan apa2 pon… just doa untuk kesehatan aku je.. diam tak diam sudah 2 tahun aku berkongsi darah dengan penyakit rvd nie… heheheh… Alhamdulillah aku tak ada apa2 pon sebarang perubahan dalam diri aku..dan jugak Alhamdulillah aku tak mengunakan ubat HAART lagi… huhhh..masih tak berani untuk menggunakan ubat HAART lagi…

Okey kita masuk bab perkawinan dengan RVD semula.. okey.. dulu aku pernah update pasal aku nak kahwin.. dan tarikh jugak sudah ditetapkan.. pada 20.08.2016… okey kannn… tarikh keramat bagi aku tu sebenarnya… malangnya… okey malanganya…… aku sudah putus pertunangan aku dengan tunang aku… masa tu raya ke 3… Ya Allah… berat bagi aku nak hadapi semua nie.. sumpah aku tak kuat dengan apa yang telah menimpa aku masa hari tu… tu baru sedikit nikmat yang Allah Tarik dekat aku,,,, tu baru sikit sangat,,,

Next aku nak cerita lepas aku brake pada hari ke tiga raya… satu lagi benda yang menimpa aku yang aku tak dapat nak lupakan sampai sekarang.. Ya Allah kuatkan diri aku untuk menghadapi apa yang semua berlaku dalam diri aku…. Selang beberapa hari aku putus tunang,, tak silap aku dalam seminggu aku putus tunang dengan aku .. tunang aku sudah bertunang dengan orang lain… tummmmmmm…. Seperti batu menghentak dalam hati aku pada hari tu,,, mcm mana aku tahu,,, tunang aku bertunang dengan orang lain…. Of cos la kan kalau orang tu dah putus tunang dengan kita mesti la dia tak akan invite kita kan… so one day nie la kan… tergerak hati aku nak stalk dia punya Instagram..cari nama dia.. dah taka da dalam list aku punya insta.. (MUNGKIN BLOCK AKU) tu yang aku pikirkan.. tapi aku piker balik,, dia nie suka deactive account sama ada facebook atau Instagram… so aku think positive yang dia nie deactive account dia la kan.. so aku cari Instagram adik dia… so jumpa la kan… adik dia… adik dia nie suka post gambar dekat instagram… so  aku pun tengok la satu-satu gambar dia.. dalam hati cantik jugak ex calon adik ipar aku nie kan.. hahhaha… apabila bukak satu gambar nie..  tersentap hati aku.. macam nak jatuh ke lantai… huhhhh… akak dia tunang dengan orang lain.. Ya Allah…. Sungguh aku tak kuat…

Mungkin memang sangat berat bagi aku nak terima semua dugaan ini…. Sebab memang aku sangat sayang dekat dia.. sangat-sangat sayang… sampai hati dia buat mcm tu dekat aku… 2 tahun aku dengan rvd… 2 tahun aku bersama dia dengan apa-apa pun yang berlaku.. semua aku hadapi dengan dia.. dia yang banyak bagi aku kata-kata semangat.. dia pernah teman aku pergi jumpa dengan dr.. buat treatment dengan dr… semua dia pernah teman aku.. dia dah janji dengan aku yang dia akan akan jaga aku… dia akan uruskan semua.. tapi malanya ku sangkakan panas sempanjang hari rupanya hujan di tengah hari.. mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya.. Ya Allah… besar dugaan aku nie kan… so mungkin bukan jodoh aku dengan dia so aku terima dengan hati yang terbuka… di kesempatan ini.. aku nak ucapkan selamat bertunang dengan tunang awak ye sayang.. saya akan doakan kebahagian awak didunia dan akhirat.. walaupun susah aku nak terima hakikat,, hampir 4 tahun aku menjalinkan hubungan dengan dia.. tapi putus di tengah jalan.. okey la… biarkan terus berlalu.. buang yang keruh.. ambil yang jernih,,, ada hikmah sengala2nya..

So… semua dah tahu kan.. aku dah putus tunang dengan tunang aku… so the next step.. mana-mana yang masih single tu… bagi la borang kosong satu untuk aku isi… mana tahu approve kan… hehheeh… in shaa Allah.ajal maut semua di tangan tuhan kan… so kita kene selalu berdoa dan terus berdoa supa Allah permudahkan segala urusan kita….




Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyemburnya.. 


Budakkampung6261@gmail.com

Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung