Assalamualaikum w.b
Update on 9.9.2016
So first greeting harap2 semua pembaca blog saya nie sehat
dan sentiasa di bawah lindungan Allah. So mcm mana keadaan semua sehat2 belaka
kan. Hari nie hari jumaat kan.. heheh. Saya nak berkongsi beberapa maklumat dengan
semua pembaca blog saya nie.. entah la.. secara tiba-tiba pulak nak update pasal kisah nie.. tajuk dia PLHIV
GAY BERNAFSU APA.
So sebelum saya nak cerita nie mungkin nie ada mengisahkan
seseorang dan saya sudah meminta izin kepada yang ampunya badan supaya dapat
berkongsi didalam blog saya nie. Mungkin ini sebagai pengajaran kepada kita
semua atau juga sebagai penambah kepada pengetahuan kita semua.. harap-harap
pembaca dapat baca dengan hati yang terbuka dan minda yang terbuka..
So kita masuk ke cerita nya la kan… GAY BERNAFSU APA..
Kisah seorang yang senang dipanggil dengan nama samara man.
Aku adalah seorang gay. Dan aku baru dapat tahu yang aku nie baru sahaja
menghidap penyakit yang bernama HIV.. sangat seram kalau dengar nama yang agak
keramat dimana-mana sahaja.. bagi pandangan orang penyakit hiv nie akan dapat
menyebarkan kepada orang lain dengan mudah. Orang akan berpendapat bahawa masa
lalu seseorang yang ada HIV nie sangat gelap. Dan akan mati bila-bila masa je.
So memang sangat tidak dinafikan bahawa kehidupan aku yang
dulu memang sangat gelap.. boleh dikatakan tidak terkira lelaki yang peranah
meniduri aku.. sangat banyak.. sama ada tua.muda.melayu.cina.india mahupun
warga asing.. aku pernah merasakan semuanya sekali.. tapi itu adalah kenikmatan
yang sangat sementara..
Okey sebenarnya itu bukan main point aku nak cerita dekat
sini.. walaupun aku bernafsu gay. Dalam masa yang sama aku jugak ada teman
wanita.. boleh tahan jugak la ramainya.. tapi tak seramai lelaki yang pernah
aku rasa.. tapi yang peliknya.. semua wanita yang aku kawan tak ada seorangpon
yang aku pernah rosakan.. seorang pon. Melainkan, pegang tangan cium dahi itu
bagi aku normal la…
Walaupun dalam jiwa aku adalah jiwa seorang gay.. but aku
nie still lagi bernafsu dengan perempuan..aku nak kahwin.. aku nak ada anak..
semua aku nak.. sama macam kau jugak budak kampong aku pernah baca dalam blog
kau yang kau nie dah bertunang but putus dah kan.. sama jugak macam aku bro..
aku jugak dah bertunang.. tapi tunang aku belum tahu lagi.. yang aku nie sudah
dijangkiti HIV positive.. aku pon tak tahu nak bagi tahu mcm mana dekat tunang
aku nie..
Kita balik pada tajuk kita,, kepada yang luar sana aku yang
betulkan pandagan korang bagi seorang gay nie.. tak semestinya seorang gay tak
ada nafsu langsung dekat perempuan.. look at me.. aku ada juga nafsu dekat
perempuan.. dan ada jugak keinginan nak berkahwin.. sama je.. aku nie lelaki
still lagi lelaki… masih bernafsu dekat perempuan Allah nie tak pernah salah
mencipta mahluknya berpasangan.. Cuma aku tidak dapat mengawal nafsu aku..
harap-harap satu hari nanti aku dapat membuang jauh nafsu aku nie terus dalam
diri aku.. mudah-mudahan.. AAMIIN.
Mungkin sudah ditakdirkan yang aku nie tidak akan berkahwin
dengan sesiapa pon.. sebab aku tahu dalam diri aku nie ada darah HIV yang
mengalir.. bagi aku sesiapa yang aku Nampak kat luar sana adalah orang yang
lebih suci daripada aku walaupun seorang pengemis sekalipon.. sebab aku nie
adalah HIV positive.
So bro aku harap sangat-sangat yang kau akan publish kan aku
punya cerita nie.. sebagai pengajar dan sebagai pengetahuan bagi orang diluar
sana
No comments:
Post a Comment