2.05 AM
Assalamualaikum kepada semua
pembaca blog budakkampung.. harap2 semua sehat selalu… harap semua berada di
bawah rahmat Allah… so hari nie saya budakkampung nak berkongsi sedikit cebisan
nota kecil yang bertajuk “REZEKI MILIK ALLAH”
Okey refer pada tajuk besar
rezeki milik Allah.. ya benar.. rezeki kita semua nie milik Allah.. Allah yang
bagi dekat kita semua… semua adalah salah satu sifat Allah.. yang maha
penyanyang… Allah aku bagi semua rezeki dekat hambanya.. sama ada kita islam
atau pun bukan islam.. semua Allah bagi sama rata…dan akan mengikut kemampuan
sesorang…
Okey kita balik pada tajuk
kita,,, kenapa tajuk aku hari nie rezeki milik Allah…. Ramai yang email dekat
aku.. bertanyakan .. mcm mana.. mcm mana..macam mana…. Macam mana apa kan…
macam mana dengan pekerjaan saya… mcm mana carrier saya.. kalau saya sekarang
ada penyakit rvd nie.. awak-awak semua jangan risau pada rezeki.. jangan risau
dengan pekerjaan dan carrier awak semua tu… semua tu sudah tertulis di atas..
kalau Allah mengkehendaki semua tu berlaku..semua akan belaku.. jangan fikir
telalu negative.. open mind sikit…
Ada satu email yang saya dapat
berkenaan tentang satu carrier seseorang,,, yang baru mahu menghabiskan
pengjian medic dia… woooooo… carrier dia mmg la berat sikit kan.. pelajar medic
tu.. okey kalau medic selalunya akan menjadi docter kan.. so agak susah la
kalau awak nak terukan cita-cita awak nak jadi docter.. sebab docter ni
sangat-sangat dekat dengan pesakit.. sangat dekat dengan medical treatment.
Pada pendapat saya awak kene tukar carrier untuk menjadi seorang dokter kepada
carrier lain.. banyak lagi yang boleh dipilih.. mmg berat ujian yang awak kene
lalui.. berat.. saya tak nafikan.. untuk awak memilih menjadi dokter sangat
tipis.. awak kene pilih carrier lain… kepada yang email saya tu.. jangan lupa
pada tajuk saya nie rezeki tu milik Allah.. kalau Allah nak awak jadi dokter..
awak akan jadi jugak.. kalau Judah tertulis yang awak bukan menjadi dokter.. so
awak kene redha dengan apa yang awak kene terima.. terima seadanya ye saudara..
Itu baru cerita pasal seorang
yang memilih carrier dia sebagai dokter.. sekarang cerita pasal aku sikit…
heheh.. tak banyak pon.. kenapa aku cakap bahawasanya rezeki itu semua milik
Allah… even aku nie ada rvd rezeki Allah tu sentiasa mencukupi bagi aku…
Alhamdulillah bersukur sangat-sangat… sebab apa..
1) Aku
ada pendidikan walaupun tak setinggi mana pon.. Alhamdulillah carrier utama aku
adalah sebagai accountant and auditor dekat salah seuah syarikat yang nak kata
besar tak la besar sangat… sedang2 gitu la.. Alhamdullilah walaupun aku ada RVD
aku ada sumber rezeki..
2) Second
carrier aku adalah sebagai seorang guru.. heheheh.. tak lah mengajar dekat
sekolah.. tapi mengajar di pusat tusien.. Alhamdulillah la.. dapat menambah aku
punya pendapatan.. rezeki semua dimana-mana kawan…
3) Okey
yang last sekali carrier aku adalah sebagai private badan uniform… tak perlu la
mention badan uniform apa kan.. kerja nie just sambilan je… kalau ada job aku
turun la… badan uniform aku nie best jugak la… lebih kurang mcm rela la.. tapi
dia lain daripada yang lain…
Okey semua aku dah cerita pasal
carrier aku… so kepada semua yang ada di luar sana.. jangan risau jangan takut
sebab rezeki Allah tu berada di mana-mana. Kita just kene cari cara mcm mana
nak sampai ke tahap tu… walaupun kita ada RVD kita still lagi manusia.. yang
ada perasaan.. persaaan apa..
1) Nak
kahwin
2) Nak
ada anak
3) Nak
ada harta
4) Nak
berjaya
5) Nak
itu nak ini
So semua orang di muka bumi nie
nak bejaya.. tak terkecuali orang-orang mcm kita nie kan.. semua nak Berjaya..
so aku pernah dengar satu kata-kata yang aku ingat sampai sekrang… “sebelum langkah ke 1000
smapai kita kene mulakan dari langkah pertama”.. so kawan-kawan dan saudaraku
kat luar sana jangan risau dengan sakit yang kita ada.. bukan ianya penyebab
kita untuk Berjaya.. semoga kawan-kawan yang kat luar sana dapat mengejar
cita-cita korang.. semoga dipermudahkan segala urusan korang semua… AAMIIN.. in
Shaa Allah…
No comments:
Post a Comment