Assalamualaikum W.B
Rasanya sudah lama saya tak update saya punya blog.. okey
hari ini 23 April 2016 jam 12.54 pagi… hari ni saya nak update sikit pasal
sakit pesakit hiv ni… okey.. ramai yang email saya bertanyakan pendapat tentang
sakit hiv nie.. ada yang sampai tak mahu hidup lagi… rasa down sangat2 dengan
sakit hiv nie…
Nak di adakan cerita.. saya nie sudah berkahwin dengan sakit
hiv lebih kurang satu tahun lebih.. hampir masuk 2 tahun.. macam2 yang saya
lalui.. untuk pengetahuan semua.. saya nie belum lagi menggunakan ubat HAART
lagi.. Alhamdulillah… Allah masih memberi kesehat kepada saya…
Kebanyakan yang email saya bertanyakan pendapat.. mereka
adalah orang yang baru saja mendapat tahu yang mereka ada sakit hiv… huhhhh…
memang la sedih sangat2 kan.. sebab saya jugak melalu benda yang sama.. semua
saya lalu dengan hati yang terbuka…
Okey.. pengalaman saya… pada mulanya saya dapat tahu yang
saya nie sakit hiv,,, mmg sangat2 down.. huhhh.. macam tak mahu hidup lagi..
tapi Alhamdulillah… saya masih kuat.. atas sokongan dan dorongan akak saya…
saya menjalani hidup saya seperti biasa.. dan hidup macam orang normal… jangan
terlalu memikirkan tentang apa yang sedang dihadapi sekarang….
Okey yang baru berkahwin dengan hiv nie.. kahwin la dengan
sakit nie,, dan jaga lah dia dengan sebaik yang mungkin.. macam saya.. saya
tahu yang saya nie sakit… saya mencari pelbagai alternative yang perlu diambil
untuk mensihatkan badan,.. antaranya..
1. 1) Bersukan.. paling saya suka adalah jogging dan
bermain badminton.. even saya seorang yang sebok.. masa untuk sukan mesti ada
2. 2) Mengamalkan makanan sunah.. yang utama adalah..
madu dan kurma.. boleh la amalkan.
3. 3) Jalani hidup sehat.. seprti menjaga pekanan..
yang paling utama.. sakit hiv nie,,, kurangkan.. atau jauhi daripada makan
makanan yang separa masak.. seperti telur separuh masak dan sebagainya
4. 4) Jalani kehidupan seharian yang murni… okey x ada
ayat cantik.. hehe.. contohnya mcm nie… jangan terlalu stress dengan kehidupan
seharian.. cuba elakkan daripada stess.. in shaa Allah.. semuanya akan okey…
Okey itu sahaja perkongsian saya untuk masa ni… Alhamdulillah..
Allah masih sayangkan pada saya sebab tu Allah memberi saya ujian macam ni..
Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye… kita berkongsi pendapat… dan cara penyelesainyanya.. kongsi dengan saya kalau tak ada tempat untuk berkongsi masaalah.. in shaa Allah.. setiap penyakit ada penyembuhnya..
Budakkampung6261@gmail.com
Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung
Budakkampung6261@gmail.com
Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung
No comments:
Post a Comment